Selasa, 13 Mei 2014

Ada HANTU dalam gambar?

Aku cerita something ni. Minggu lepas punya citer. Begini ceritanya~ *flashback

Aku tengah main Pou kat dalam handphone tetiba mak aku panggil aku. Dia suruh aku pergi kat dia jap. Then, dia kata nak tunjukkan aku sesuatu and jangan bagitau sapa-sapa. Aku yang memang takut nak tengok 'bbenda camtu' terus lari lah. Aku kata WhatsApp lah gambar 'benda tu'. Mak aku pun WhatsApp. Aku bukak gambar tu and omaigot! Camni perbualan WhatsApp kitaorang :-

Aku: Bukan edit ka ya?
Mak: Betul! Bukan edit!  Nanti mak nak bagitau bapa. Jangan bagitau adik tau!
Aku: Ok. Tapi, gambar tu macam editlah. Mesti mereka tak caya sebab Camera360 kan ada effect edit.

Pastu, mak aku duduk sebelah aku. Aku amik handphone mak aku then bukak Camera360. Kat bawah tu tulis 'Ghost'. Aku pun pandang mak aku. "Mami ada guna effect Ghost kah?" aku tanya. Mak aku hairan lah. Dia tengok kat bawah tu tulis 'Ghost'. Dia kata takda pun dia guna effect tu. Then, tiba-tiba adik aku kata, "Saya ada guna handphone mami tadi dan ambik gambar guna effect Ghost."

Lepas dia kata camtu, aku dan mak aku terus marah adik aku tu. Geram + seram lah siot! Aku rasa lega and bersyukurlah tu cuma edit! Alhamdullilah :D Jadi, pasni kalau kitaorang guna Camera360, kitaorang akan check effect dia dulu then baru tangkap gambar. Hihi x)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan